LATAR BELAKANG KEHIDUPAN DAN CARA BERFIKIR INDIVIDU KECELARUAN IDENTITI GENDER

Ahmad, Puteri Hayati Megat (2014) LATAR BELAKANG KEHIDUPAN DAN CARA BERFIKIR INDIVIDU KECELARUAN IDENTITI GENDER. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[thumbnail of Fulltext.pdf]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (308kB) | Preview

Abstract

Isu kecelaruan identiti gender telah menjadi topik perbincangan di Malaysia kerana kini ramai lelaki atau gelaran biasanya maknyah telah berani secara nyata menonjolkan penampilan mereka di khalayak awam. Kajian ini cuba memahami kenapa golongan lelaki yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta dan awam di Kota Kinabalu, Sabah ini menongkah norma, adat dan agama melalui penelitian latarbelakang kehidupan dan cara berfikir subjek mengenai tingkah laku mereka. Pemahaman latarbelakang kehidupan subjek dilakukan melalui penelitian aspek hubungan dengan ibubapa, koleksi barang kesayangan, tempat yang sering dikunjungi, fokus penampilan diri, hubungan interpersonal, ciri teman istimewa dan pandangan terhadap perkahwinan. Pandangan subjek terhadap tingkah laku membantu pengkaji memahami cara golongan ini berfikir. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temuduga berstruktur. Seramai sembilan subjek lelaki telah dipilih berdasarkan penampilan fizikal subjek dan cara pergaulan mereka. Dapatan kajian menunjukkan kesemua subjek menyedari bahawa tingkah laku tersebut tidak disukai oleh ibu bapa dan kerana itu mereka menyembunyikan tingkah laku tersebut dari pengetahuan ibubapa. Sebahagian besar subjek juga merasa sangat bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Cara Berfikir; Kecelaruan identiti; Gender; Tingkah laku
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF698 Personality
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 15 Jun 2016 07:04
Last Modified: 15 Jun 2016 07:04
URI: https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4787

Actions (login required)

View Item
View Item