Hudani Md. Nawi, Nurul (2014) KESESUAIAN MODEL KECERDASAN EMOSI, TRAIT PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN TERHADAP PRESTASI DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIK. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.
Fulltext.pdf - Published Version
Download (275kB) | Preview
Abstract
Kajian ini menentukan hubungan dalam satu persamaan regresi dan setelah itu dianggar dengan menentukan jumlah korelasi dalam setiap persamaan serentak berdasarkan kriteria penyesuaian model (Goodness of fit) iaitu kesepadanan model dengan data kajian dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Empat set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan dan prestasi kerja dijalankan ke atas 306 (89%) di 15 buah SBT di Malaysia. didapati nilai indeks kesesuaian TLI (Tucker-Lewis Index), NFI (Normed Fit Index), RFI (Relative Fit Index), IFI (Incremental Fit Index) dan CFI (Comparative Fit Index) adalah melebihi daripada .90 (dari .917 hingga .954) yang mempamerkan bahawa model kajian yang dicadangkan secara signifikan adalah sepadan dengan data kajian. Walau bagaimana pun, berdasarkan petunjuk RMSEA (Root Mean Square Error of Approximation) menunjukkan nilai RMSEA ialah .091 adalah signifikan (model kajian sesuai dengan data kajian secara signifikan jika nilai RMSEA <.06),[X2 (N=306, df = 59) = 209.186, p<.05]. Ini bermaksud model hipotesis kajian yang dicadangkan adalah kurang sepadan dengan data kajian. Namun, keputusan ini adalah tidak selaras dengan keputusan petunjuk kesesuaian Baseline Comparisons. Ini bermaksud nilai petujuk modifikasi (M.I) dalam analisis SEM perlu dirujuk untuk meningkatkan kesepadanan model dengan data kajian. Selepas modifikasi dijalankan, dapatan kajian menunjukkan kesesuaian model dengan data kajian. Dengan itu, modifikasi model mempamerkan kesesuaian yang signifikan dan fit antara model dan data kajian. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi berupaya meningkatkan prestasi kerja dalam memberi manfaat yang besar khususnya dalam konteks pendidikan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan emosi; Trait personaliti; Tingkah laku Kepimpinan; Prestasi kerja |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF309 Consciousness. Cognition B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF698 Personality L Education > LB Theory and practice of education > LB3011 School management and discipline |
Divisions: | Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling |
Depositing User: | Mrs Harly Christy Siagian |
Date Deposited: | 14 Jun 2016 08:06 |
Last Modified: | 14 Jun 2016 08:06 |
URI: | https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4780 |