Derani, Shazrul Shafiq and Daud, Nurul 'Ain Mohd (2014) DILEMA ETIKA DALAM KALANGAN KAUNSELOR PELATIH: KAJIAN KES. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.
Abstrak.pdf - Published Version
Download (152kB) | Preview
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dilema etika dalam kalangan kaunselor pelatih semasa internship kaunseling di sekolah. Kajian ini turut meneliti strategi kaunselor pelatih dalam menangani dilema etika serta mengetahui halangan-halangan yang dihadapi mereka untuk menyelesaikan dilema etika tersebut. Kajian ini melibatkan seramai 11 orang pelajar semester akhir di salah sebuah insititusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah temu bual yang dijalankan telah dilakukan secara individu dan secara kumpulan fokus. Lima orang peserta kajian ditemu bual secara individu manakala enam orang lagi dilakukan secara kumpulan fokus. Dapatan data yang diperoleh kemudian dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan dilema etika yang dihadapi oleh kaunselor-kaunselor pelatih iaitu berkaitan kerahsiaan, identiti profesional kaunselor, tanggungjawab kaunselor terhadap klien dan penyeliaan pensyarah penyelia dan kaunselor pembimbing. Hasil dapatan kajian juga mendapati kaunselor pelatih menggunakan strategi menjelaskan mengenai etika dan prinsip kepada klien, membuat keputusan dengan bijak, merujuk kepada pakar dalam bidang kaunseling dan pengelakkan. Terdapat dua halangan iaitu halangan dalaman dan luaran yang dihadapi oleh kaunselor pelatih. Berdasarkan dapatan kajian yang didapati, beberapa implikasi dan cadangan turut dibincangkan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Etika; Kaunselor pelatih; Kajian kes; Internship kaunseling |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology |
Divisions: | Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling |
Depositing User: | Mrs Harly Christy Siagian |
Date Deposited: | 14 Jun 2016 07:51 |
Last Modified: | 14 Jun 2016 07:51 |
URI: | https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4778 |