ISU-ISU DALAM PERHUBUNGAN PENYELIAAN KAUNSELING: PENGALAMAN KAUNSELOR PELATIH DI MALAYSIA

Ahmad, Norazani and Mohd Daud, Nurul 'Ain and Mohd Sa'ad, Fauziah and Md. Yusof, Hapsah (2014) ISU-ISU DALAM PERHUBUNGAN PENYELIAAN KAUNSELING: PENGALAMAN KAUNSELOR PELATIH DI MALAYSIA. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[img]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (180kB) | Preview

Abstract

Perhubungan penyeliaan kaunseling merupakan suatu yang dinamik yang melibatkan interaksi secara dyadic dan triadic. Interaksi dyadic berfokus kepada perhubungan di antara penyelia dan kaunselor pelatih. Manakala interaksi secara triadic berfokus kepada perhubungan tiga pihak iaitu penyelia, kaunselor pelatih serta klien. Interaksi di antara penyelia dan kaunselor pelatih sepanjang proses penyeliaan kaunseling mewujudkan ikatan kerjasama dan ikatan emosi serta saling bersepakat di antara keduanya dalam mencapai matlamat penyeliaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Justeru, melalui kertas kerja ini, penyelidik akan membentangkan mengenai pengalaman kaunselor pelatih berkaitan dengan isu-isu perhubungan penyeliaan kaunseling yang berlangsung selama 14 minggu di sekolah. Penyelidikan kualitatif ini melibatkan empat orang penyelia dan tujuh orang kaunselor pelatih daripada dua buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Berdasarkan pengalaman kaunselor pelatih, isu-isu perhubungan penyeliaan kaunseling yang dikongsi oleh kaunselor pelatih melibatkan isu parallel process, isu karekteristik penyelia, isu konflik antara penyelia dan kaunselor pelatih, isu-isu kepelbagaian budaya serta isu-isu kuasa dan autoriti penyelia. Sejajar dengan hasil kajian, beberapa cadangan bagi meningkatkan mutu perhubungan penyeliaan kaunseling di Malaysia turut dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Perhubungan penyeliaan; Penyeliaan kaunseling; Penyelia; Kaunselor pelatih
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 10 Jun 2016 02:58
URI: http://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4759

Actions (login required)

View Item View Item