KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN PENCAPAIAN SPM PELAJAR LELAKI DENGAN PELAJAR PEREMPUAN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Apizo B. Safien, Nik Syuharul (2014) KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN PENCAPAIAN SPM PELAJAR LELAKI DENGAN PELAJAR PEREMPUAN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[thumbnail of Fulltext.pdf]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (353kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perbezaan pencapaian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains MARA Terendak Melaka dan meninjau sejauh mana faktor – faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan terhadap138 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 yang terdiri daripada 66 orang pelajar lelaki dan 72 orang pelajar perempuan. Reka bentuk penyelidikan berbentuk kualitatif dijalankan dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran dari perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.Dapatan kajian menunjukkan respondenmemberi maklum balas positif terhadap persoalan berkaitan faktor – faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan terhadap pelajar lelaki dan perempuan di MRSM Terendak Melaka. Dalam kajian ini terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya iaituteknik pengajaran guru, sokongan dan galakkan ibu bapa, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat setempat, faktor kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, menganalisis hubungan antara pencapaian akademik di kalangan pelajar SPM 2013 MRSM Terendak, Melaka mengikut jantina. Kedua, Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik antara pelajar lelaki dengan perempuan. Ketiga, Mendapatkan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan dasar pendidikan supaya tidak terdapat perbezaan jurang yang ketara dari segi pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan. Untuk mencapai objektif – objektif tersebut, pelbagai usaha serta program pendidikan dijalankan bagi memastikan matlamat sebenarnya tercapai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pelajar perempuan; Pelajar lelaki; Kemiskinan keluarga; Sijil pelajaran Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational Psychology
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 14 Jun 2016 08:40
Last Modified: 14 Jun 2016 08:40
URI: https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4784

Actions (login required)

View Item
View Item