INTERVENSI TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU TERHADAP KESEDIAAN BERUBAH DAN ESTIM KENDIRI PENGHUNI RUMAH PENGASIH-KAJIAN RINTIS (PENGUJIAN MODUL CBT)

Ishak, Noor Azniza (2014) INTERVENSI TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU TERHADAP KESEDIAAN BERUBAH DAN ESTIM KENDIRI PENGHUNI RUMAH PENGASIH-KAJIAN RINTIS (PENGUJIAN MODUL CBT). In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[img]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (234kB) | Preview

Abstract

Kajian berbentuk eksperimental ini akan mengukur tahap Kesediaan Untuk Berubah dan Estim Kendiri peringkat pra dan pasca rawatan seseorang penagih dadah. Kajian ini akan menggunakan intervensi Terapi Kognitif Tingkahlaku (CBT) kepada responden di institusi pemulihan dadah Rumah Pengasih Malaysia (RPM). Modul CBT yang digunakan ini telah dibangunkan pada tahun 2011 dan mempunyai enam sesi yang merangkumi Pengenalan dan Matlamat Peribadi; Prinsip CBT dan Hubungkait Dengan Konsep ABC; Mengenalpasti Estim Kendiri Rendah dan Cara Meningkatkannya; Mengenalpasti Lokus Kawalan Rendah dan Cara Meningkatkannya; Kaitan Estim Kendiri dan Lokus Kawalan Dengan Ketagihan Dadah dan Menghapuskan Ketagihan; dan Persiapan Terapi Kendiri dan Penamatan. Kajian rintis ini melibatkan 10 orang responden dan setiap sesi mengambil masa 120 minit, Daripada kajian rintis yang telah dilakukan terhadap klien di RPM, didapati modul CBT yang digunakan adalah baik dan sesuai digunakan. Namun begitu, bagi memastikan kelancaran sepanjang modul dilaksanakan, penyelidik perlu menerangkan secara mendalam kepada responden setiap sesi yang bakal dilakukan. Hasil kajian rintis yang dilakukan mendapati responden senang dan selesa dengan modul CBT ini yang digunakan secara interaktif bersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan kurang daripada 120 minit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Terapi kognitif tingkahlaku; Penagih dadah; Institusi pemulihan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF712 Developmental psychology
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 14 Jun 2016 07:46
URI: http://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4777

Actions (login required)

View Item View Item