KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK PENDEKATAN PEMUSATAN INSAN DAN PENDEKATAN PSIKOLOGI KOGNITIF AD-DIN KE ATAS KONSEP KENDIRI REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

Mohd Sa’ad, Fauziah and Idris, Mohd. Noor and Ahmad, Norazani and Md. Yusof, Hapsah (2014) KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK PENDEKATAN PEMUSATAN INSAN DAN PENDEKATAN PSIKOLOGI KOGNITIF AD-DIN KE ATAS KONSEP KENDIRI REMAJA HAMIL LUAR NIKAH. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[thumbnail of Fulltext.pdf]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (216kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bertujuan mengukur kesan rawatan Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan(KKPPI) dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din(KKPKAD) ke atas konsep kendiri remaja hamil luar nikah. Kajian ini melibatkan 55 orang remaja dari tiga buah pusat perlindungan wanita iaitu RaudhatusSakinah, KEWAJA dan Taman Seri Puteri Cheras (JKM). Subjek kajian berumur di antara 13 hingga 21 tahun. Soal selidik yang digunakan ialah Multidimensional Self-Concept Scale (MSCS). Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur melalui kaedah Cronbach Alpha koefisien. Kaedah item keseluruhan dan kesahan konstruk digunakan untuk mengukur tahap kesahan alat ujian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pos. Kaedah quasi eksperimen telah digunakan untuk mengutip data. Subjek telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan; (i) Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan (n=18) (ii) Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din (n=19) dan (iii) kumpulan kawalan (n=18). Setiap kumpulan rawatan menjalani sesi kaunseling kelompok selama tujuh kali iaitu sekali setiap minggu selama tujuh minggu berturut-turut. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada nilai aras kesignifikanan 0.01 dan 0.05.Hasil kajian boleh dirumuskan seperti berikut : (1) Intervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan yang signifikan terhadap semua pemboleh ubah terikat utama iaitu konsep kendiri (KK) di kalangan remaja hamil luar nikah di ketiga-tiga lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan meningkatkan konsep kendiri remaja hamil luar nikah. (2) Berdasarkan analisis ANOVA dan MANCOVA dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara intervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan (KPKPI) dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din(KKPPKAD) ke atas konsep kendiri . Walau bagaimanapun berdasarkan ukuran min ujian pra dan ujian pos, hasil kajian mendapati KKPPKAD mempunyai bacaan min lebih tinggi berbanding KKPPI. Ini adalah kerana KKPPKAD mempunyai dua kekuatan iaitu pada kaedah amalan kerohanian dan kebolehan kaunselor memberi alternatif-alternatif menyelesaikan masalah yang dihadapi klien. Kesimpulannya, Kajian ini membuktikan intervensi KKPPI dan KKPPKAD adalah sesuai untuk digunakan ke atas pelbagai golongan dan peringkat umur. Implikasi, limitasi dan saranan untuk kajian akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Rawatan Kaunseling; Remaja Hamil Luar Nikah; Perlindungan Wanita
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 10 Jun 2016 04:37
Last Modified: 10 Jun 2016 04:37
URI: https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4761

Actions (login required)

View Item
View Item