PENDEKATAN KAUNSELING TEORI PEMUSATAN INSAN DALAM PROSES KAUNSELING : SATU ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Fadhilah bt Abdullah Fauzi, Nur and Omar, Mariani (2014) PENDEKATAN KAUNSELING TEORI PEMUSATAN INSAN DALAM PROSES KAUNSELING : SATU ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[thumbnail of Fulltext.pdf]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (185kB) | Preview

Abstract

Cabaran dunia masa kini memerlukan kepada satu bentuk pendekatan yang praktikal kepada masyarakat khususnya di Malaysia. Kepelbagaian isu yang meruncing contohnya seperti masalah tekanan perasaan, masalah hubungan, isu rumahtangga, isu yang melibatkan masalah sosial dan lain-lain memerlukan kepada satu bentuk pendekatan antaranya ialah menggunakan kaunseling sebagai salah satu medium kepada konflik atau isu yang berlaku. Untuk mempraktikalkan kaunseling kepada masyarakat perlu menggunakan teori kaunseling yang tertentu. Teori Pemusatan Insan adalah satu teori kaunseling yang diperkenalkan oleh Carl Rogers dan ia merupakan salah satu teori yang sering digunakan dalam perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep teori Client Centered dalam proses kaunseling yang bercirikan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif-kualitatif. Hasil kajian mendapati pendekatan konsep Client Centered dalam kaunseling mempunyai kelebihan yang tersendiri antaranya kerana pendekatan teknik yang ada dalam teori tersebut sesuai diaplikasikan kepada semua klien tanpa ada batasan agama dan kerana teori ini menggalakkan hubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien dan sifat personaliti kaunselor yang bertepatan dengan prinsip Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Konseling; Teori pemusatan insan; Perspektif Islam; Konselor; Empati
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF698 Personality
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc.
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 01 Jun 2016 10:20
Last Modified: 01 Jun 2016 10:20
URI: https://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4758

Actions (login required)

View Item
View Item