KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN DENGAN TRET PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Hazuad bin Salleh, Ahmad and Kadir, Dini Rahiah (2014) KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN DENGAN TRET PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014, Medan.

[img]
Preview
Text
Fulltext.pdf - Published Version

Download (207kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif. Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UKM yang dipilih secara rawak terhadap 113 orang pelajar daripada jumlah populasi seramai 170 pelajar. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) untuk mengukur personaliti berasaskan dua dimensi sifat asas manusia iaitu faktor ektroversi-introvesi dan neurotisme-stabiliti dan yang kedua ialah Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21) untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kajian mendapati, antara punca yang menyumbang kepada kemurungan, kebimbangan dan stres di kalangan peserta kajian ialah masalah hubungan interpersonal, beban tugasan akademik, tekanan pengurusan masa, pesekitaran, aspek kewangan, keselamatan, hubungan dalam keluarga dan penglibatan aktiviti luar. Disamping itu, ianya juga memberi kesan seperti suka bersendirian, gangguan perasaan dan gangguan kesihatan. Sehubungan dengan dapatan kajian ini, beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan. Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan kemurungan, kebimbangan dan tekanan seharusnya dipertingkatkan kerana kajian-kajian lepas berkaitan isu ini menunjukkan terdapat kesan-kesan yang negetif terhadap pelajar yang mengalaminya. Kajian seperti ini juga perlu diteruskan kerana sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan para pelajar atau graduan yang lebih sihat minda,emosi, fizikal serta lebih produktif dan berdaya saing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Kemurungan; Kebimbangan; Tekanan; Tret personaliti; Punca masalah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF698 Personality
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational Psychology
Divisions: Fakultas Ilmu Pendidikan > Bimbingan dan Konseling
Depositing User: Mrs Harly Christy Siagian
Date Deposited: 01 Jun 2016 10:15
URI: http://digilib.unimed.ac.id/id/eprint/4756

Actions (login required)

View Item View Item